Tuesday, 23 September 2014

BAWANG PUTIH

BAWANG PUTIH
Khasiat bawang putih


  • Bawang putih ternyata banyak khasiat untuk kesihatan. Ia mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi untuk mengurangkan pertumbuhan tumor.
  • Khasiat lain termasuk mengubati demam, selesema, menyuburkan rambut, membersihkan jerawat dan menyembuhkan penyakit kulit.
  • Bagi mereka yang demam, ambil hirisan bawang putih dan campurkan dengan air panas selama beberapa minit sebelum diminum.
  • Untuk rambut subur pula, sapukan hirisan bawang putih di bahagian rambut sekurangkurangnya sekali seminggu untuk mendapatkan kesannya.
  • boleh juga digunakan sebai ubat untuk menghilangkan kutu.caranya,ambil empat ulas bawang putih kemudian tumbuk hingga lumat.kemudian gaulkan bersama tiga sudu makan minyak kelapa.lumurkan rata pada keseluruhan rambut dan biar selama 15 minit.selepas itu sikat dengan penyikat kutu.amalkan selalu sehingga tiada lagi kutu di kepala.
  • Selain itu, sapu hirisan bawang putih ke bahagian berjerawat untuk membersihkannya.
  • menghilangkan batuk ,caranya bawang putih dibakar dengan kulitnya.kemudian buang kulitnya dan isinya dimakan 
  • Mengurangkan Risiko Angin Ahmar . Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.
  • Mengurangkan Risiko Kanser . Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.
  • Bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus . Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
  • Mengandungi Iodin . Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.
  • Miningkatkan Sistem Imunisasi . Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
  • Antiinflamasi . Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
  • Melindungi Tanaman . Pernahkah anda terjumpa dengan hama tanaman yang berwarna putih dan adakalanya berwarna hitam. hama ini sangat tidak suka pada bawang putih. Tumbuk bawang putih hingga hancur dan bancurkan dengan minyak mineral, air, dan sabun cair. Tuang ke dalam bekas pam dan pamkan ke arah tanaman yang terlibat. 
  • Membantu Sistem Pencernaan . Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
  • Mengurangkan Kolesterol Dalam Tubuh . Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/ Perut.  Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut. Insya Allah selang beberapa minit kemudian anda akan dapati angin dalam perut anda akan berkurangan dan anda akan berasa lega.
  • Menyuburkan Rambut.  Bawang putih juga boleh mengatasi masalah rambut gugur. Bawang putih mengandungi bahan allicin yang tinggi merah, yang dipercayai efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala boleh juga ditambahkan dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.
  • Membersihkan Jerawat . Bawang putih merupakan remedi semulajdi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandung antioksidan yang dapat membunuh bakteri. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.




khasiat CUCUR ATAP.

CUCUR ATAP nama yang jarang dikenali oleh masyarakat zaman sekarang.terutama sekali golongan REMAJA.sekiranya mereka ditanya tentangCUCUR ATAP,ramai yang bertanya kembali,apa itu CUCUR ATAP? cucur udang tau lah.

CUCUR ATAP sejenis pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian sehingga 6 meter.batang dan dahannya keras dan kuat.selain itu,kulit batangnya berwarna kelabu,keadaannya merekah dan berlurah.daunya kecil atau halus seperti jarum,tersusun secara bertentangan dan mengeluarkan aroma bila dihancurkan atau diramas.bunganya berkeadaan tunggal atau berpasangan,berwarna putih dengan gelang hijau dibahagian tengah yang kemudian bertukar menjadi merah.tumbuhan ini didapati hidup secara liar dikawasan TANAH BRIS dan juga tumbuh subur diTANAH MINERAL.

selain itu,secara tradisi CUCUR ATAP digunakan sebagai TEH HERBA untuk kesihatan.diantara khasiatnya ialah :

  1. daunya mempunyai keupayaan untuk ;  
  • merawat demam
  • sebagai ubat antibakteria
  • melancarkan peredaran haid ,bagi wanita.                               
  • merawat selsema
  • sakit kepala
  • demam campak
  • uluran
  • juandis
 2.caranya :

  • mengasapkan pesakit melalui pembakaran daun cucur atap yang kering.
  • menghidu wap air rebusan daun segar.
  •  minyak patinya juga boleh diperolehi dengan mengekstrasi daunnya dan digunakan untuk mengurut bagi menghilangkan sakit urat atau sakit-sakit badan.


.